PEMIKIRAN KRITIS
- Otak kiri : logik, analitik berurutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan
- Otak kanan : kreativiti, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
- Bahasa Greek, krino- bermaksud memilih, memutuskan keputusan, atau menilai. Krites adalah seseorang yang membezakan, menilai atau menimbangkan. Kritikos mempunyai keupayaan untuk membeza dan membuat keputusan.
- Pemikiran kritis : aktiviti di dalam otak > proses mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku.
- “Pemikiran kritikal adalah satu bentuk pemikiran yang luar biasa kerana ia berada di luar skop pada apa yang dikritik dalam mengkritik sesuatu. Ianya sesuatu andaian yang jarang berlaku kerana selalunya pengkritik hanya melihat dari sudut yang kecil mengikut pemahamannya sahaja” – Edward de Bono
- Kritikos dari bahasa Yunani : menimbang atau judge (asal ‘kritis’)
- Kamus Dewan Edisi 3 : kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’.
- Orang yang berfikir secara kritis akan menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. (Maimunah 2004)
- pemikiran kritis > pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.
- Tidak mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara; mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu
- Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
- Melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian. Ia juga meliputi proses-proses pemikiran lain yang berkaitan untuk mencapai satu kesimpulan yang kukuh
- Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis; cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat
- Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik
Kelebihan
Pemikiran
Kritis
- Menjadi lebih Matang
- Bersifat Objektif dalam Membuat Penilaian dan Keputusan
- Sensitif dan Prihatin
- Berjiwa Besar, Yakin dan Berani
- Lebih Berhemat dan Bertanggungjawab
- Ketahanan Diri dan Estim Diri yang Tinggi
- Tidak mudah dipengaruhi
- Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan.
- Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain.
- Ingin tahu dan minda terbuka.
- Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan kejelasan serta ketepatan; sentiasa mempunyai maklumat yang cukup.
- Sentiasa mencari alternatif.
- Sensitif terhadap perasaan orang lain.
Logik
- Logik berasal dari perkataan Yunani : “Logos” yang memberi maksud pengucapan, pernyataan, pemikiran akal & sebab.
- Menurut Copi (1986) : prinsip-prinsip yang digunakan untuk membezakan betul dan salah sesuatu hujahan.
- Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara.
- Secara amnya ia difahami sebagai apa yang boleh difahami oleh akal manusia, iaitu menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang tidak jelas pada mulanya.
Membuat
Hujahan
- Hujah adalah intipati pemikiran kritikal > menilai secara kritikal tentang apa yang didakwa, dan perkara-perkara yang dijadikan asas dakwaan.
- Orang yang berhujah melakukan 3 perkara : yakin premisnya betul, yakin oleh kerana premisnya betul, kesimpulannya tentu betul, yakin kesimpulannya adalah betul.
- Apabila menilai mutu hujah, lihat pada 2 aspek : premis hujah > betul @ salah, alasan yang menghubungkan premis-premis kepada kesimpulan hujah.
- Ada dua unsur dalam hujah yang baik: Semua premis dalam hujah itu dapat diterima ataupun betul, semua premis dalam hujah itu dapat dikaitkan kepada kesimpulan hujah yang relevan.
PENYELESAIAN MASALAH
- “Mengelakkan masalah adalah perkara penting dalam penyelesaian masalah. Selain daripada menyelesaikan masalah, anda boleh pergi ke penghujung dan mengubahnya untuk mengelakkan ia berlaku pada tempat yang sama” – Edward de Bono
- Jauharah (1995) masalah boleh ditafsirkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan.
- Contoh: seseorang yang sedang berada di Johor Bahru perlu berada di Alor Setar dalam masa empat jam. Masalahnya bukan kerana dia tidak berada di Alor Setar tetapi jarak melebihi 600 kilometer itulah masalahnya untuk sampai dalam masa empat jam.
Faktor
Kegagalan Penyelesaian Masalah
- tidak menyedari akan kehadiran masalah
- menyelesaikan masalah tanpa berfikir secara meluas dan mendalam
- menyembunyikan masalah itu dan menganggap seolah-olah masalah itu tidak ada
- tiada pengalaman atau tiada ilmu pengetahuan
- sering memberi perhatian pada bahagian yang nyata sahaja dan bukannya pada bahagian yang penting
- tidak cukup waktu untuk mengumpul data atau menganalisis data
0 comments:
Post a Comment