Pengenalan
Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan
dimensi diri, dimensi keluarga dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang
benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna untuk diri. Dengan itu
dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Dalam proses
tersebut berlaku tindak balas dan
cabaran yang membentuk ketajaman fikiran pelajar untuk menganalisis masalah dan
membentuk keyakinan diri membangunkan
potensi diri sendiri serta orang sekeliling. Proses pembelajaran tidak hanya
melibatkan belajar tapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan
bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh
menyerlah sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Oleh yang
demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan
pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.
Kepentingan Kemahiran Pengurusan Maklumat dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka.
- Kemahiran pengurusan maklumat amat penting untuk menguasai pelbagai kemahiran terkini.
- Pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.
- Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.
Pengurusan Maklumat
Definisi
dan Konsep Maklumat.
Menurut beberapa kamus
umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Maklumat juga adalah data
yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.
Ciri-ciri
maklumat ialah:
- Relevan
- Boleh dipercayai
- Boleh difahami
- Lengkap
- Tepat pada masanya
- dan Membantu mengurangkan ketidakfahaman
Maklumat
iaitu pengetahuan diperoleh proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan
mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeliling
kita. Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat, sejak
lahir sehingga akhir hayat.
Konsep Literasi Maklumat
Literasi
dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan. Dari segi istilah,
literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang
menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar yang celik maklumat bukan
seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber maklumat secara kritis dan
menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif. Individu yang celik
maklumat ini adalah mereka yang tahu bagaimana berpengetahuan dicari, disusun, dan
bagaimana maklumat itu digunakan untuk menyelesaikan permasalahan serta cara
mempersembahkan maklumat agar orang lain dapat memahaminya.
Individu
yang celik maklumat berkebolehan dalam :
- Menggali: Berkeupayaan mengesan maklumat yang berkaitan, menyaring, menyisih dan memilih maklumat.
- Mentafsir: Berupaya untuk menterjemahkan data dan maklumat kepada pengetahuan, wawasan, dan kefahaman.
- Mencipta idea-idea baru: Berkeupayaan membangunkan wawasan-wawasan baru.
Secara
umum, data didefinasikan sebagai fakta dan nombor kasar yang belum diproses,
maklumat sebagai data yang diproses, manakala pengetahuan ialah maklumat yang
disahkan.
Literasi
maklumat adalah satu "set kemahiran" yang boleh dipelajari. Set
kemahiran itu termasuk sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri;
penggunaan alatan,seperti tutorial dalam talian; penggunaan teknik, seperti
bekerja dengan kumpulan; dan penggunaan kaedah seperti pengantungan kepada para
mentor; pembimbing dan omsbudman.
Kemahiran
yang terlibat dalam mengurus maklumat:
- Perkembangan kemahiran maklumat
- Kelancaran Maklumat
- Pendidikan pengguna
- Pengajaran bibliografi
- Orientasi perpustakaan
- Kecekapan maklumat
- Latihan pengguna
- Konsep-konsep lain
Tiga komponen asas sebagai
piawaian literasi maklumat untuk mewujudkan pembelajaran berkesan:
1) Akses: Pengguna
berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan
Definisi dan Pernyataan Keperluan Maklumat
- Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat.
- Kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.
- Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat.
- Kebolehan untuk memulakan proses pencarian.
Pengesanan Maklumat
- Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumbe-sumber maklumat berpotensi.
- Kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian.
- Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.
2) Penilaian: Pengguna
menilai maklumat dengan cekap dan kritis
Pentaksiran Maklumat
- Kebolehan untuk menganilisis, memeriksa, dan mengekstrak maklumat.
- Kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
- Kebolehan untuk memilih dan mensintesis maklumat.
- Kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelavan maklumat yang didapatkan semula.
Penyusunan Maklumat
- Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat.
- Kebolehan untuk megelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh.
- Kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang baik dan paling berguna.
3) Penggunaan: Pengguna
berupaya mengaplikasikan maklumat dengan tepat dan kreatif
Penggunaan Maklumat
- Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat.
- Kebolehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh.
- Kebolehan untuk mempelajari atau mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi.
- Kebolehan untuk mempersembah produk maklumat.
Komunikasi dan Penggunaan
Beretika Maklumat
- Kebolehan untuk memahami pengunaan beretika penggunaan beretika maklumat.
- Kebolehan untuk menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat.
- Kebolehan untuk memperkatakan tentang produk pembelajaran dengan mengiktiraf harta intelek.
- Kebolehan untuk menggunakan piawai gaya pengiktirafan yang relevan.
Literasi Maklumat dan Pengetahuan
Pengetahuan ialah keadaan
mengetahui; tahu pula adalah keadaan kefahaman yang dicapai melalui pengalaman
atau pembelajaran semua atau sebahagian perkara yang diterokai, difahami atau
dipelajari. Pengetahuan berkait rapat dengan maklumat kerana ia terdiri
daripada maklumat berkaitan fakta, prosedur, konsep, interpretasi, idea,
pemerhatian, dan pertimbangan yang terkandung dalam pemikiran seseorang.
Tuomi(1999) berpendapat pengetahuan mesti wujud sebelum maklumat dapat digubah
adalah hasil daripada pemprosesan kognitif yang dicetuskan oleh maklumat dan
menghasilkan maklumat. Maklumat diubah menjadi pengetahuan apabila diproses
dipersembahkan dalam bentuk teks, grafik, perkataan atau dalam bentuk simbol
yang lain. Kefahaman yang sama mengenai maklumat dalam kalangan sekumpulan
individu dapat dicapai apabila mereka berkongsi asas pengetahuan yang sama.
Pengurusan Pengetahuan
Pengurusan
pengetahuan ialah suatu proses membangun, memanfaat, menghantar dan menggunakan
pengetahuan. Pengurusan pengetahuan adalah terdiri daripada tiga komponen iaitu
pembangunan atau penghasilan pengetahuan, penyimpanan pengetahuan dan
perkongsian pengetahuan. Pengurusan pengetahuan tidak hanya tertumpu kepada
penyimpanan pengetahuan semata sebaliknya ia turut menekankan kepada perolehan
serta perkongsian pengetahuan di antara warga organisasi.
Pengurusan
pengetahuan merupakan salah satu isu yang penting dalam pengurusan hari ini.
Pengetahuan dapat meningkatkan daya saing organisasi. Pengetahuan yang
dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui dapat menjana idea kreatif. Penyelesaian
masalah secara kreatif dan pengenalan produk atau perkhidmatan yang efektf
dapat meningkatkan daya saing organisasi.
Pengurusan
pengetahuan melibatkan 4 proses utama iaitu penciptaan, penyimpanan dan
pemerolehan semula, pemindahan dan aplikasi.
Kaedah Memperoleh Aplikasi
Teknik
yang berkesan untuk menjelaskan kebenaran positif adalah diterima berikut:
- Membentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat.
- Menggunakan alatan seperti tutorial dalam talian.
- Menggunakan teknik seperti bekerja dengan kumpulan.
- Menggunakan kaedah seperti pergantungan kepada para mentor.
- Berkongsi pengetahuan dengan memberitahu, menterjemah serta mendidik rakan dalam institusi.
- Menerap dan menggunakan pengetahuan dalam pencambahan idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.
Pembelajaran
Sepanjang Hayat
Konsep
dan Definisi
Proses
pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga. Pembelajaran
sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesion
yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan
potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan
mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan
sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil
tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif
menghadapi segala cabaran hidup. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi
sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH
adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri
dan pembelajaran.
PSH
dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :
- Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan d rumah.
- Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
- Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
- Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
- Pembelajaran maya yang berkonsep fomal atau tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.
0 comments:
Post a Comment